Monday, 15 September 2014

Cara menjana Pendapatan

     Kita semua mahu menjadi seorang yang kaya, betul tak? Tengok orang yang berduit je mesti ada rasa jealous. Tapi pernah tak kita usaha untuk menjadi seperti mereka? Mungkin itulah sebabnya kita sampai sekarang tidak kaya. Kita selalu meminta pada Allah supaya murahkan rezeki kita, jadikan kita orang kaya, tetapi tanpa usaha, semua itu mungkin akan jadi angan2 sahaja. Kalau nak sesuatu perlulah usaha, betul tak? Jadi, di sini saya senaraikan beberapa cara yang mudah untuk menjana pendapatan.

  1. Menjalankan bisnes/perniagaan
          Sememangnya berniaga ni digalakkan dalam Islam. Kalau nak cari duit, selalunya inilah jalan penyelesaian yang diambil. Tapi kena ingat, berniaga bukan senang, ada untung rugi. Kalau berani hadapi risiko, bolehlah berniaga. Bukan tu sahaja, kalau nak berniaga, kena lah bermotivasi tinggi, tak mudah putus asa, ada modal(haha), ada keberanian, pandai berkomunikasi(ni penting) dan tak de niat menipu pelanggan ataupun tak mudah ditipu pelanggan. Nak berniaga apa, jangan tanyalah ye di sini. Mesti semua dah tahu. Cuma di sini nak promote sikitlah satu produk yang boleh dijadikan bisnes. Nak tahu ape dia?

JUAL TOP-UP melalui sms tanpa kad. Nak jadi agen top-up? Sila e-mail saya ya: afiqanies@gmail.com

Keburukan dia kurang sikit lah dari produk lain sebabnya kalau tak laku, topup lah untuk diri sendiri. wakakkakaka

     2. Mengikuti program affiliate

         Alah, para blogger mesti tahu. GoogleAds, Nuffnang, 8share dsb. Tapi tak tahulah betul ke tak dapat duitnya. Baru try 8share, tp x pernah collect duit lagi. Anyway, kalau nak register 8share ni, sila klik di sini.

     3. Bekerja makan gaji
         Carilah kerja yang halal. Jadi Cashier ke, Cleaner ke, apa2 lah. yang penting ada gaji ya tak? Tapi kalau nak sampai tahap kaya tu susahlah kalau ikut jalan yang ni. boleh kate agak impossible. Kecualilah kerja pangkat besar.

Semoga bermanfaat buat semua yang membaca.

Wallahu a'lam.

Wednesday, 3 September 2014

Kenali cinta Ilahi

     Orang selalu cakap tak kenal maka tak cinta. Betul kan? 
     Kita kalau sayang seseorang tu, mesti kita kenal dia. Kalau kita tak kenal, tak kan tiba2 boleh sayang, boleh cinta, boleh rindu. Kalau orang suruh nyatakan siapa yang kita sayang, mesti ramai yang jawab ibu, bapa, adik-beradik, sahabat dan ehem2(KEKASIH HATI/ IDAMAN HATI).. Betul tak?
     Kalau ditanya kenal tak orang2 yang kita sayang, jawapannya sudah pasti ya kan. haha. Mesti la kenal. Kenal dengan cara tahu nama, suka makan apa, warna yang disukai, dan macam2 lagi la. Bukan takat kenal je, kita kalau dah sayang kan, mesti nak bersama-sama mereka kalau boleh setiap saat. Nak hidup bahagia dengan mereka. Lepas tu, kita mesti nak tunjuk yang kita sayang diaorang jugak, betul tak?
     Itu manusia. Sayang kita pada manusia. Kalau sayang kita pada pencipta kita, Allah yang Maha Esa??
     Bila kita ditanya sayang atau tidak;
" SEMUA AKAN JAWAB YA!! SAYA SAYANG ALLAH! SAYA CINTA ALLAH"
     Tapi cuba kita bandingkan sayang kita pada manusia dan pada Allah S.W.T. Yang mana lagi besar? Cuba renung2kan;
  • Kalau manusia yang kita sayang, kita pasti akan kenal dia. kita tahu nama dia, kita tau peribadi dia, apa yang dia suka dan tak suka. Kalau kita yakin kita sayang Allah, sudah berapa banyak nama2 Allah(Asmaul-Husna) yang kita dah hafal dan faham maknanya? Tahukah kita peribadi Allah iaitu 20 sifat wajib dan 20 sifat mustahil bagi-Nya?
  • Kalau orang yang kita sayang tu kan, mesti kita nak bersama mereka. Terutama kekasih hidup. Mesti ajak dating selalu, tak pun selalu calling, messaging, chatting dll. Tapi kalau Allah, selalu tak kita cari masa untuk diluangkan bersama dengan-Nya(beribadah)? Selalu tak kita ingat-Nya dengan berzikir? Selalu tak kita berdoa pada Allah?

  • Kalau kita sayang orang tu kan, mesti kita nak tunjuk kan. Cuba jadi yang terbaik di mata diaorang, buat apa yang diaorang suka dan tak buat apa yang diaorang benci, lepas tu kalau ada duit je mesti nak bagi gifts. Tapi kalau Allah? Adakah kita cuba untuk kelihatan sempurna dihadapan-Nya? Adakah kita cuba sebaik mungkin untuk melakukan ibadah kita dengan sempurna, bukan sambil lewa? Adakah kita buat apa yang Allah suruh(perkara wajib), apa yang Allah suka(perkara sunnat)? Adakah kita tinggalkan apa yang Allah larang(perkara haram), apa yang Allah benci(perkara makruh)?
     Astaghfirullah(3x).

     Mari kita muhasabah sejenak sebesar mana sebenarnya cinta kita pada Allah. Kita ini sememangnya manusia yang lemah. Sering tersadung sewaktu melangkah di jalan yang benar. Tetapi, terjatuh sekali tidak bermakna kita gagal kerana selagi hayat dikandung badan, Allah sentiasa memberi peluang dan ruang supaya kita memperbaiki diri kita lagi. Jadi, sahabat-sahabat seagamaku sekalian, janganlah tangguh untuk meluruskan kembali perjalanan untuk menuju ke jalan Nur kerana waktu ROH kita terpisah dari JASAD itu tidak kita ketahui. Mungkin sesaat lepas membaca post ni, esok, lusa. Kalau sudah tiba waktu perpisahan kita dari dunia nanti, jadi sudah terlambat untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik.
     Jika kita benar2 cinta pada Allah, maka kenalilah Dia dengan menuntut ilmu agama, jalankanlah ammar makruf nahi mungkar, dan sentiasalah mengingati-Nya.
Wallahu a'lam

Salam Buat Perantau Blog Ini

Assalamualaikum..

Saya sebagai penulis blog ini ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat ke blog yang tidak seberapa ini.

Saya menulis blog ini hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bagi kita sama2 berjaya mengharungi liku2 sewaktu berada di dunia yang fana ini.

Sudah pasti manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa, jadi saya memohon maaf jika menyinggung sesiapa sahaja, sama ada secara terang-terangan ataupun sebaliknya, secara sengaja mahupun tidak.

Jika terdapat kesalahan, mohon diberi teguran. Kerana kita manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.

Sekian.

Semoga bergembira meneroka buku saya ini.