Orang selalu cakap tak kenal maka tak cinta. Betul kan?
Kita kalau sayang seseorang tu, mesti kita kenal dia. Kalau kita tak kenal, tak kan tiba2 boleh sayang, boleh cinta, boleh rindu. Kalau orang suruh nyatakan siapa yang kita sayang, mesti ramai yang jawab ibu, bapa, adik-beradik, sahabat dan ehem2(KEKASIH HATI/ IDAMAN HATI).. Betul tak?
Kalau ditanya kenal tak orang2 yang kita sayang, jawapannya sudah pasti ya kan. haha. Mesti la kenal. Kenal dengan cara tahu nama, suka makan apa, warna yang disukai, dan macam2 lagi la. Bukan takat kenal je, kita kalau dah sayang kan, mesti nak bersama-sama mereka kalau boleh setiap saat. Nak hidup bahagia dengan mereka. Lepas tu, kita mesti nak tunjuk yang kita sayang diaorang jugak, betul tak?
Itu manusia. Sayang kita pada manusia. Kalau sayang kita pada pencipta kita, Allah yang Maha Esa??
Bila kita ditanya sayang atau tidak;
" SEMUA AKAN JAWAB YA!! SAYA SAYANG ALLAH! SAYA CINTA ALLAH"
Tapi cuba kita bandingkan sayang kita pada manusia dan pada Allah S.W.T. Yang mana lagi besar? Cuba renung2kan;
- Kalau manusia yang kita sayang, kita pasti akan kenal dia. kita tahu nama dia, kita tau peribadi dia, apa yang dia suka dan tak suka. Kalau kita yakin kita sayang Allah, sudah berapa banyak nama2 Allah(Asmaul-Husna) yang kita dah hafal dan faham maknanya? Tahukah kita peribadi Allah iaitu 20 sifat wajib dan 20 sifat mustahil bagi-Nya?
- Kalau orang yang kita sayang tu kan, mesti kita nak bersama mereka. Terutama kekasih hidup. Mesti ajak dating selalu, tak pun selalu calling, messaging, chatting dll. Tapi kalau Allah, selalu tak kita cari masa untuk diluangkan bersama dengan-Nya(beribadah)? Selalu tak kita ingat-Nya dengan berzikir? Selalu tak kita berdoa pada Allah?
- Kalau kita sayang orang tu kan, mesti kita nak tunjuk kan. Cuba jadi yang terbaik di mata diaorang, buat apa yang diaorang suka dan tak buat apa yang diaorang benci, lepas tu kalau ada duit je mesti nak bagi gifts. Tapi kalau Allah? Adakah kita cuba untuk kelihatan sempurna dihadapan-Nya? Adakah kita cuba sebaik mungkin untuk melakukan ibadah kita dengan sempurna, bukan sambil lewa? Adakah kita buat apa yang Allah suruh(perkara wajib), apa yang Allah suka(perkara sunnat)? Adakah kita tinggalkan apa yang Allah larang(perkara haram), apa yang Allah benci(perkara makruh)?
Astaghfirullah(3x).
Mari kita muhasabah sejenak sebesar mana sebenarnya cinta kita pada Allah. Kita ini sememangnya manusia yang lemah. Sering tersadung sewaktu melangkah di jalan yang benar. Tetapi, terjatuh sekali tidak bermakna kita gagal kerana selagi hayat dikandung badan, Allah sentiasa memberi peluang dan ruang supaya kita memperbaiki diri kita lagi. Jadi, sahabat-sahabat seagamaku sekalian, janganlah tangguh untuk meluruskan kembali perjalanan untuk menuju ke jalan Nur kerana waktu ROH kita terpisah dari JASAD itu tidak kita ketahui. Mungkin sesaat lepas membaca post ni, esok, lusa. Kalau sudah tiba waktu perpisahan kita dari dunia nanti, jadi sudah terlambat untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik.

Jika kita benar2 cinta pada Allah, maka kenalilah Dia dengan menuntut ilmu agama, jalankanlah ammar makruf nahi mungkar, dan sentiasalah mengingati-Nya.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment